Monday, June 09, 2014

Requests

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah masuk ke awal bulan Jun dan kurang dari 3 minggu lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Harap kita semua akan diberikan peluang untuk merasai ketenangan Ramadhan dan keindahan Syawal. Aamiin.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah Yang Satu kerana telah menghantar mereka yang sudi mendengar keluhan diri ini yang sentiasa lupa bahawa Dialah tempat yang sebaiknya untuk mengadu. Yang tidak mendapat kepuasan dengan hanya mengadu kepada Dia sahaja. Maafkan aku, Allah. Aku masih mencari ciptaan-Mu dahulu sebelum-Mu. Aku masih khilaf. Aku masih lalai dan terpengaruh. Kau bantulah hamba-hamba Mu untuk ke jalan yang Kau redhai, Ya Allah.

Dalam tidak sedar, dalam diam, banyak yang Dia berikan kepada aku. Banyak keduniaan yang aku mahu Dia kurniakan. Melalui pelbagai cara. Aku bersyukur. Tersangat bersyukur. Terima kasih. Walau bagaimanapun, aku lebih mahukan ampunan Dia. Aku lebih mahukan syurga-Nya. Tamak. Ya, jika disebabkan ini aku dipanggil tamak, aku rela. Aku tahu aku tak layak untuk kesemuanya tetapi hati ini terlalu tamak. Aku inginkan tempat yang dekat dengan Dia di akhirat kelak. Aku buruk. Aku tahu tapi aku masih mahu nampak baik di mata-Nya. Dia tahu segala aibku. Dia tahu segala-galanya. Dan aku tahu aku buruk. Terlalu banyak dosaku. Terlalu banyak. Aku risaukan akhirat tetapi aku masih lalai dengan dunia yang sementara ini. Semoga cepat diri ini berubah ke arah yang diredhai-Nya.

Aku ingin meminta maaf kepada semua yang telah aku sakiti dalam sedar atau pun tidak. Setiap langkahku di bumi ini. Terlalu ramai yang telah aku sakiti. Yang kenal dan yang tidak. Aku minta maaf sangat-sangat.

Kepada yang aku terasa hati, aku minta maaf. Hati ini terlalu sensitif. Walau apa pun yang terjadi, sebaik atau seteruk mana pun hubungan kita, aku akan sentiasa berada di sini untuk sesiapa sahaja. Aku akan sentiasa membantu yang memerlukan bantuanku. Untuk apa sahaja. Aku sentiasa disini. Walau satu dunia meninggalkanmu, aku akan sentiasa ada. Walau satu dunia bencikanmu, aku akan sentiasa ada. Inshaa Allah.

Dalam mengejar cinta-Nya, bantu membantulah antara satu sama lain. Berpimpin tanganlah. Suka dan duka bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.