Tuesday, March 25, 2014

twenty sixth of march two thousand fourteen

Assalamualaikum.

Sekian lama sudah, two months had passed since my last post here. Life's great. Not perfect but the flaws makes it is. Oh what a year, 2014. It's just the third month but I've been through so much. So many events and memories to cherish. So many new friends made. So many things learned but so many more to be learnt. Hidup penuh dengan cabaran dan saya sentiasa mencuba untuk menghadapinya. In amidst of trying, mestilah ada breakdowns kan? Saya masih mengeluh (satu habit yang sangat buruk, Rasulullah pun tak pernah mengeluh Aini oi tapi kau dah berapa ribu kali mengeluh?!) dan saya masih menangis. Dah kurang, of course, habit menangis bila dah tak tahan sangat tu tapi masih frequent enough to make me shatter. A habit I'll never get rid of, pretty much sure of it tapi macam-macam boleh jadi kan? Inshaa Allah, jika dapat dibuang, akan dibuang. Saya masih melakukan dosa yang diketahui ketika waras sepenuhnya. Syaitan sentiasa berbisik (main jauh sikit!) Peperiksaan penting, SPM (or SAT or whatever you call them) makin dekat tapi masih belum terasa sepenuhnya bahang. Sedarlah, Aini. Takkan nak kena lempang baru nak sedar kot? Seorang Aini yang sangat ignorant! Semakin hari, semakin bertambah dosa, sengaja ataupun tidak. Malu menggunung dengan Ilahi yang memandang sentiasa tapi masih melakukan yang dibenci-Nya. Macam cakap tak serupa bikin. Allah. Dosa lagi. Hati kata lain, anggota badan buat lain. Alhamdulillah, kesedaran bertambah tapi masih terlalu banyak untuk diperbaiki. Bismillahirrahmanirrahim. Otak dan lidah masih membuat alasan. Saya masih seorang Aini yang alpa. Sedih sangat. Umur semakin bertambah, ajal tidak dapat diduga. Persoalannya, bersediakah Aini ini untuk menghadapi malaikat Mungkar dan Nakir? Cukupkah amal ibadah? Semestinya tidak. Semestinya terlampau banyak kekurangan diri ini, Ya Allah namun masih juga tidak berubah. Hati masih meminta cinta dan sayang manusia. Hati masih cinta dan sayang kepada manusia melebihi cinta dan sayang kepada-Nya. Rindu, tapi malu kerana diri buruk sangat untuk mengakui rindu kepada Ilahi. Layakkah seorang hamba yang penuh dengan dosa ini merindui Dia yang telah mencipta hamba ini dengan sempurna sekali anggotanya? Tiada cacat-cela tapi dosa melebihi parut-parut di anggota itu? Layakkah seorang hamba ini untuk menyayangi-Nya padahal hamba ini acapkali melanggar peraturan-Nya? Layakkah? Allahuakbar, ampunkanlah aku. Mulut, hati, dan minda meminta maaf tapi masih mengulangi kekurangan itu. Allah. Allah. Allah. Dimanakah aku di mata-Mu? Layakkah aku di Syurga-Mu? Kuatkah aku di ibadah-Mu? Masih terlampau banyak kekuranganku. Terlalu banyak. Tersangat banyak. Mengakukah Muhammad SAW, aku sebagai hambanya? Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami. Jauhkanlah seksa api neraka dari kami, Ya Rahman. Kukuhkanlah cinta kami terhadap-Mu, Ya Rahim. 

Salam.


No comments: